24 February 2012

Sikap memandang remeh seseorang

Your lover will love you even more if you get them a pinata



Assalamualaikum...
Terima kasih pada yang sudi membaca.


Aku rasa jari aku nak menaip pasal tajuk yang dah aku sertakan di atas. Situasi di atas telah berlaku pada sedara-mara aku. I wonder kenapa manusia ni kadang-kadang kita pandang luaran dia yang selekeh :-

"budak ni datang dari kampung mana entah"
"selekehnya dia ni, tau english ka tak ni, kampung mana mai"

Aku kadang-kadang pon macam tue juga dalam hati, syaitan selalu nak masuk dan menghasut. Tapi apa yang berlaku dekat saudara aku ni adalah sesuatu yang tak patut bagi aku. 

Petang tadi aku menziarah tok sedara aku yang disyaki kanser. Disebabkan anak-anak dia nak bawa dia balik pergi Kuala Lumpur, So me and my mother pergi melawat tok sedara aku tue.

Semasa tengah sembang-sembang pasal tok sedara aku yang belum sampai dari hospital. Cucu dia pon cerita kejadian dekat hospital 2 hari sebelum tak salah aku.

Doktor Senior melaporkan pada pakar mengenai keadaan tok sedara aku dalam bahasa Inggeris.

Doktor : "This patient don't want to go home because there's nobody is going to take care of her"

Dia bercakap di sebelah tok sedara aku. Masa ni tiada sapa di jaga tok sedara aku disebabkan Makcik aku turun beli makanan. Tok sedara aku bukan tak nak balik. It is because dia memang tak leh berjalan langsung. Dia terlalu sakit sampai nak makan pon tak lalu.

Then, bila makcik aku dah naik, tok aku cerita dekat makcik aku.

tok sedara : "dia ingat kita tak faham English ka" (sleng mamak)

So makcik aku pon terus terang berjumpa dengan Doktor tue... Dia pon cerita apa yang tok sedara aku cerita... 

Makcik : "U ingat my mother tak faham English ka?"

Apa boleh buat?? Doktor terpaksa minta maaf la. Ni la yang dinamakan memandang remeh seseorang. Tok sedara aku tue memang nampak seperti orang kampung yang tak tau apa pada luaran. 

Sama-sama kita ambil iktibar di atas cerita aku. Jangan lah memandang remeh seseorang walau siapa dia pada anda. Cerita ini juga untuk nasihat diri aku sendiri. Manusia tak pernah sempurna. Tapi kejadian manusia cukup sempurna. insyaAllah.

Sekian.
 Dari Abdullah bin `Amr r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Seseorang Muslim (yang sempurna Islamnya) ialah yang terselamat orang-orang Islam dari lidahnya dan tangannya. (Muslim)
Hakikat ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sepotong hadisnya yang bermaksud: 
"Orang-orang yang sempurna Islamnya adalah bersaudara dengan semua orang yang tidak memusuhinya terutama sekali orang-orang Islam); salah seorangnya tidak harus melakukan kezaliman kepada saudaranya, tidak harus dibiarkan dia teraniaya dan tidak dibela, tidak harus menyatakan kepadanya sesuatu yangdusta dan juga tidak harus menghinakan atau memandang rendah kepadanya."
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Comments
2 Comments

2 bebelan:

CeritaSekupang said... [Reply to comment]

orang tua lagi better english depa dari kita sebab dulu pernah dijajah kan :D

cintatulip said... [Reply to comment]

tahu xpe cs!!

bcr the best