Assalamualaikum...
Aurat... aurat.... aurat.. Tak habis-habis dengan aurat wanita kan... Facebook, Twitter, Blog bersepah mengenai aurat ni... Pagi-pagi mak aku dah suruh baca mengenai aurat ni dekat majalah Solusi, terdetik kat hati aku, masyaAllah aurat yang selama ni aku dedahkan, macam ni sekali keindahan dia kan... Sebenarnya ramai wanita tahu tentang aurat,..
kena pakai tudung labuh dari dada
kena pakai stokin
tak leh pakai seluar ketat
baju tak leh jarang
bla bla bla bla
Semua tue perempuan tahu la... aku sendiri pon tahu... tapi tahukah anda??? jauh di sudut kecil seorang wanita itu, terkelumat sedikit perasaan ingin berubah??? tapi dia sangat-sangat takut. Takut diperli, takut dikatakan tak moden, takut tak cantik. Hati perempuan kebanyakannya inginkan kecantikan, tapi jika dia tak pandai pelihara, macam-macam boleh berlaku.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud "Wahai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (tubuh) mereka. Yang demikian itu lebih sesuai untuk dikenali supaya mereka tidak diganggu." (Surah al-Ahzab 33: 59)
Tanpa iman, kecantikkan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan yang akhirnya akan memusnahkan diri kita sendiri. Sebenarnya cantik tak salah, semua nak orang cantik, tapi menyalahgunakan kecantikan tue yang salah.
Tahukah anda?? disebabkan pakaian yang korang pakai menyebabkan banyak hati para lelaki dicemari ?? banyak akhlak islamiah terosak disebabkan hanya pakaian, kain yang menutup tubuh??
Kecantikkan sebenarnya bermula dari dalam baru lah ke luar. Aku rasa korang sebagai seorang perempuan pernah melihat seorang perempuan yang beriman dan menutup aurat mesti terdetik di hati korang sebab aku pernah hehehe
"manisnya perempuan ni..."
Sebenarnya kita hanya melihat dia dari wajah bukan pemakaian sudah melihatkan kecantikan. Itulah maksudnya, kecantikan dari dalam akan memberikan kecantikan di luar juga. Apabila kita tenung seorang perempuan yang cukup iman nya, masyaAllah, seperti tak mahu berpaling.. kan? kan? kan? mesti dalam hati kita mengatakan manisnya.. manisnya... kurma itu perempuan itu...
Nak cantik macam tuuuu???? Jom ikut langkah ni.
Tanamkan dalam hati kita dengan iman yang kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi
Apabila kita dah cukup penghayatan dan ilmu, so kita patut bertindak dengan melakukan perkara yang baik, mengikut syariat, dengan membuktikan keimanan kita dengan membuat perkara yang baik nescaya kita akan nampak cantik di mata orang yang beriman terutamanya di sisi Allah swt.
Soalan yang sering diajukan zaman sekarang:
Orang yang bertudung tak semestinya baik, kadang-kadang yang tak bertudung lebih baik dari yang bertudung
Jawapan terbaik adalah :
"Alangkah baiknya jika wanita yang mempunyai akhlak yang baik, memilih pakaian yang baik yakni menutup aurat, untuk menjadi seorang wanita yang benar-benar baik dan dapat memberikan kebaikan kepada orang lain."
Seperti yang banyak dikatakan para ulama dan ustaz2 yang aku dengar, ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup aurat, yakni membaluti aurat mereka. Bagi seorang wanita yang beriman, menutupi aurat sahaja tidak mencukupi, tetapi yang penting adalah menutupi hati, iaitu merasa malu maksudnya kita bukan sekadar menegakkan syariat Islam malah menegakkan "syariat batiniah" iaitu membina sifat malu, sabar, pemurah dan lain-lain.
Dengan wujudnya perkara semua tue, kita boleh dapat hindarkan diri kita terjebak daripada pergaulan yang kurang sihat yang boleh menimbulkan fitnah kepada diri kita dan Islam. yelo.. ko dah ada malu, takkan nak menjerit sana sini kan
Siapakah wanita tercantik di dunia???
Wanita solehah itulah yang cantik pada budi bukannya body. Dan salah satu ciri penting wanita yang solehah adalah dengan menutup aurat. Merekalah bayangan bidadari syurga. takkan hampa tak mau jadi bidadari syurga kot? muhasabah diri tu!
Allah berfirman yang bermaksud, "Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu, dan pakaian indah untuk perhiasan. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." (Surah al-A'raf 7 :26)
Ada ungkapan yang berbunyi
"Kemusnahan akan menimpa jika wanita itu mula merasakan dirinya cantik. Ketika itu potensi kita menyalahgunakan perasaan perasan cantik kita itu berbunga-bunga.
Aku percaya ramai pernah merasakan macam tue. Sebab aku sendiri pernah mengalami semua tue. Aku tetap manusia dan perempuan biasa. Kebenaran ternyata jelas di depan mata korang. Banyak perempuan seksi di dada media ialah wanita-wanita yang cantik. Itulah pentingnya ilmu dan iman. Adanya ilmu tanpa iman, kita tak akan berubah. Jika kita berilmu dan menggunakan ilmu itu, nescaya kita antara wanita-wanita solehah. insyaAllah.
Kat bawah ni aku ada sertakan "Bagaimana dikatakan pakaian muslimah", dan aurat wanita itu dengan siapa? memahami aurat anda dengan mudah!
senang nak pahamkan kalau tengok carta kat atas ni??? sharing is caring!!
contoh antara teguran Ustaz Azhar Idrus
last but not least!!
sama-sama lah kita muhasabah diri, kita manusia yang tak sempurna perlu di tegur dan menerima teguran. Semua tue lumrah hidup sebagai manusia macam tue jugak aku. Aku dulunya macam orang lain inginkan kecantikkan luaran tapi dalam tak sedar, aku alpa tentang dalaman aku. Semoga kita semua menerima hidayah Allah swt agar berubah menjadi lebih baik dengan adanya "usaha". Tanpa usaha, kita tidak akan ke mana2.
sumber : olahan dari Solusi